Promo | Mini Karnival Didi & Friends Alor Setar, Kedah

MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 30 November – 3 Disember | Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah

Mini Karnival Didi & Friends TERBESAR akan berlangsung di Kedah buat kali pertamanya yang diceriakan oleh Caliph Kids Supplement – The Kids Expert. Karnival kali ini paling besar yang kami pernah buat. Macam-macam aktiviti ada! Yang paling seronok, masuk adalah PERCUMA!

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends di bahagian utara. Siapa yang duduk di Kedah, Penang, Perlis, Perak dan berdekatan boleh datang! Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 4 hari dari 30 November sampai 3 Disember (Khamis – Ahad) di Stadium Sultan Abdul Halim dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda semua. Antaranya adalah :
– Tayangan Cerita-Cerita Didi & Friends
– Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
– Mini Muzikal Didi & Friends ft Kapten Caliph
– Ramah Mesra Bersama maskot Didi & Friends
– Menyanyi dan menari bersama maskot Didi & Friends
– Pemberian Hadiah
– Jualan Barangan Didi & Friends
– Pertandingan Mewarna
– Dan banyak lagi

Jom datang beramai-ramai ke Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan, saudara mara untuk memeriahkan lagi mini karnival ini.

Ibu bapa, jom bawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends pada hujung bulan November ini. Jangan lepaskan peluang ini.
Jumpa anda di sana! Hora Horey!

(Visited 1 times, 1 visits today)

Related Videos

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *